Kepada pelajar yang menghadapi masalah atau kesukaran dalam membuat penulisan karangan Bahasa Melayu. Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai tema dan tajuk yang berpotensi menjadi soalan pilihan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu? Sekiranya tidak, anda dinasihatkan untuk melakukan rujukan tambahan atau latihan tambahan bagi mendedahkan diri terhadap semua tema dan tajuk penulisan karangan. Sebagai rujukan pelajar, berikut dikongsikan contoh karangan kepentingan menyambut hari kemerdekaan atau hari kebangsaan.
Contoh Karangan Sambutan Hari Kemerdekaan Di Sekolah Saya
Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tarikh keramat ini merupakan tarikh hari kemerdekaan yang disambut oleh seluruh rakyat Malaysia pada setiap tahun. Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara sebagai tanda kemerdekaan. Begitu juga acara perbarisan pada keesokan harinya yang diwakili oleh pelbagai agensi kerajaan seperti tentera, polis dan kakitangan awam turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari kemerdekaan. Lazimnya sambutan hari kebangsaan diadakan di Dataran Merdeka namun sejak kebelakangan ini sambutan peringkat kebangsaan telah dianjurkan di lokasi lain seperti Putrajaya dan Kuching, Sarawak. Jika ditelusuri, sambutan hari kemerdekaan telah menjadikan bulan Ogos sebagai bulan kemerdekaan dek kerana hiasan dan kibaran Jalur Gemilang mewarnai jalan raya dan pusat membeli-belah. Persoalannya, apakah kepentingan disebalik sambutan hari kemerdekaan yang dirai dengan gilang-gemilang pada setiap tahun?
Sambutan hari kemerdekaan adalah untuk merai pencapaian yang telah dicapai oleh negara sejak laungan kemerdekaan menggegar Stadium Merdeka pada ketika dahulu. Kehidupan yang dinikmati oleh masyarakat hari ini tidak akan menjadi realiti sekiranya kemerdekaan tidak diperoleh daripada penjajah. Hal ini demikian kerana, semasa zaman penjajahan, masyarakat telah dibezakan kedudukan sosioekonomi dan mewujudkan jurang perbezaan antara kaum dan bangsa yang duduk di bawah satu rumpun yang sama. Setelah kemerdekaan dicapai, para pemimipin dan masyarakat tempatan telah berjaya membawa kemajuan dari pelbagai segi terutamanya perkembangan ekonomi yang menjadikan Malaysia sebagai hub perdagangan utama di rantau Asia. Kemampuan tenaga kerja tempatan telah menarik pelabur-pelabur asing untuk merancakkan kemajuan negara dan memberikan keuntungan dalam bentuk kehidupan yang lebih baik. Kemudahan infrastruktur seperti lebuhraya, lapangan terbang dan bangunan pencakar langit seperti Menara Berkembar Petronas adalah bukti kemampuan masyarakat kita dalam menempa kemajuan untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Intihannya, sambutan kemerdekaan menjadi suatu iltizam kepada rakyat untuk terus berjuang demi mencapai kesejahteraan hidup yang memberikan kebaikan kepada semua orang.
Dalam masa yang sama, sambutan hari kemerdekaan adalah penting sebagai tanda menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu. Tanpa kebijaksanaan dan titik peluh yang dikerah oleh individu seperti Tuanku Abdul Rahman, kita tidak pasti akan menikmati kesenangan hidup pada hari ini. Justeru, dengan sambutan hari kemerdekaan, kita dapat mengenali semula negarawan-negarawan yang telah berjasa kepada negara serta mendidik generasi muda masa kini akan pengorbanan yang telah mereka lakukan. Mungkin sukar untuk generasi masa kini untuk merasai pengorbanan tokoh terdahulu tetapi mereka boleh mengambil pengajaran dan mempraktikkan nilai-nilai murni yang menjadi teras kepada perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Lawatan ke muzium dan tempat-tempat bersejarah seperti Tugu Negara dapat membantu anak-anak muda memahami dan mempelajari sejarah terdahulu supaya mereka tidak mengulangi kesilapan masyarakat terdahulu apabila mereka menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Natijahnya, dengan mengenali dan memahami sejarah dan perjuangan tokoh terdahulu, kita akan berasa lebih bersyukur atas kemudahan yang kita nikmati hari ini dan menghargai segala usaha untuk mengharmonikan negara serta mendokong nilai kekitaan sebagai warganegara Malaysia.
Di samping itu, perpaduan antara rakyat juga akan lebih kukuh dengan menganjurkan sambutan hari kemerdekaan. Masyarakat sedia maklum bahawa Melayu, Cina dan India merupakan kaum majoriti di negara kita selain kaum Dusun, Kadazan, Bidayuh, Melanau yang menjadi kaum minoriti. Negara yang harmoni dan sejahtera hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum ini dapat bersatu padu, bekerjasama dan bertoleransi. Nilai-nilai ini dilihat semakin pupus dalam kalangan masyarakat hanya disebabkan oleh beberapa golongan yang menggunakan isu perkauman sebagai elemen politik mereka. Secara tidak langsung, ia menjejaskan dan meruntuhkan teras perjuangan masyarakat terdahulu yang ingin mencapai kemerdekaan daripada penjajah. Melalui sambutan hari kemerdekaan, semua kaum dapat berkumpul bagi meraikan hari kemerdekaan negara yang dicintai dan bermuhasabah diri bahawasanya nenek dan moyang kita dahulu bersikap terbuka dan hidup harmoni dalam masyarakat yang berbilang kaum. Masyarakat sebegini yang saling menyayangi, saling menghormati dan saling bekerjasama merupakan pemandangan paling indah untuk dipertontonkan kepada masyarakat di luar negara. Jelaslah di sini bahawa sambutan hari kemerdekaan dapat mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum.
Akhir sekali, sambutan hari kemerdekaan adalah penting bagi menyemai nilai patriotisme dalam diri setiap masyarakat konvensional hari ini. Kesibukan mengejar kerjaya dan leka dengan hiburan daripada teknologi-teknologi masa kini telah membuatkan masyarakat kurang bersikap patriotik. Nilai cinta akan negara ini penting supaya rakyat sentiasa sedar dan melindungi kedaulatan negara daripada ancaman musuh dan sebagainya. Sebagai contoh, media massa boleh memainkan peranan penting dengan menyiarkan filem atau drama dan lagu-lagu patriotik di medan perkongsian sama ada televisyen atau aplikasi penstriman video. Inisiatif ini sedikit-sebanyak dapat menyampaikan mesej tentang pentingnya menyambut hari kemerdekaan kepada setiap golongan masyarakat di Malaysia. Industri kreatif negara yang sering dipandang enteng oleh pemimpin negara merupakan kunci dalam membentuk masyarakat yang cakna dan bijaksana. Selain itu, sambutan hari kemerdekaan di peringkat sekolah dan instiusi pengajian juga penting kerana generasi muda adalah tunjang masa hadapan negara. Persis kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Kesimpulannya, pelbagai kepentingan yang tersurat dan tersirat dalam penganjuran sambutan hari kemerdekaan. Sambutan yang diadakan setiap tahun pada 31 Ogos itu seharusnya menjadi klimaks daripada rasa cinta akan negara yang telah dipupuk menerusi pelbagai cara sebelum ini. Usaha yang bersepadu dan konsisten perlu dilakukan oleh semua pihak agar semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat terus bersinar. Semoga pergolakan, peperangan dan ketidak tenteraman yang berlaku di negara lain menjadi pengajaran kepada rakyat dalam negara untuk sentiasa menghargai dan mengutamakan nilai toleransi dalam masyarakat berbilang kaum. Bersama-sama kita melahirkan masyarakat yang bersikap terbuka dan saling menghormati antara satu sama lain agar kemajuan dan kemakmuran bersama dapat dicapai tanpa perlu mengorbankan kedaulatan tanah air kita.
Justeru itu, mereka mungkin terlupa dan tidak menitikberatkan langsung semangat patriotik sehingga tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan. Sebagai contoh, ada dari kalangan masyarakat kita kini alpa untuk mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Hal ini amat membimbangkan dan kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat dipertingkatkan. Sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia mengambil langkah yang sewajarnya bagi memupuk semangat patriotik dalam diri sendiri dan juga kalangan masyarakat.
Perlu difahami pengaruh guru di sekolah adalah penting dan beperanan dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa anak-anak murid mereka semenjak mereka masih kecil. Hal ini disebabkan para guru yang mengajar di sekolah boleh menekankan sifat-sifat patriotik di dalam kelas. Mereka perlu mendorong kanak-kanak untuk melahirkan perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan tanah air. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku ketika perhimpunan dan banyak lagi. Guru-guru juga boleh menerapkan semangat patriotik semasa mengajar dalam subjek seperti:-
Contoh-Contoh Karangan Sekolah Rendah Saturday, May 16, 2015. http:// . contoh-karangan-sambutan-hari-kemerdekaan-di-sekolah-sayagolkes.Aktiviti Sambutan Bulan Kemerdekaan Di SekolahIsu-isu yang berkaitan dengan . pertandingan yang diadakan ialah pertandingan mengarang esei, kuiz, . Oleh hal yang demikian. ibu bapa harus sentiasa menunjukkan contoh yang tebaik.14 Feb Contoh Karangan Sambutan Hari Kemerdekaan Di Sekolah Sayagolkes Contoh Proposal Pertandingan Bola Volly (Kejuaraan Bola Volly) I. htmlContoh.Message Post le: Dim 28 Jan - 02:39 (2018) Sujet du message: Contoh Karangan Sambutan Hari Kemerdekaan Di Sekolah Saya, Rpondre en citant.Issue #21 new Todd Heidebrink repo owner created an issue 2018-01-27. Foo . Contoh Karangan Sambutan Hari Kemerdekaan Di Sekolah Sayagolkes .Websites to watch free good quality movies Episode 1.99 by none [Mkv]Movie 2 download Episode 3.221 [720x320] 6b45ce9646
Guru juga boleh mengajak pelajar-pelajar menyertai pelbagai seperti ucapan, pidato, bahas dan sebagainya. Pada bulan kemerdekaan, guru boleh mengajak pelajar menyertai sambutan hari kemerdekaan. Antara acara yang boleh dijalankan termasuk nyanyian lagu patriotik,tayangan filem berkaitan semangat patriotik dan sebagainya. Jelaslah, pihak sekolah turut sama berpera